Monday, April 18, 2011

Warga tua rempuh api selamatkan suami uzur



Seorang isteri warga tua sanggup menggadai nyawa dengan merempuh api untuk menyelamatkan suaminya yang uzur, dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah, di Pondok Tafiz Darulnaim, Kampung Kubang Bongor, Padang Halbam, dekat sini, petang kelmarin.

Pengorbanan Aminah Harun, 70, menarik keluar Masud Ahmad, 86, yang tidak dapat melihat dan berjalan, berjaya menyelamatkan suaminya itu daripada menjadi mangsa kebakaran.
Aminah berkata, sebelum kejadian, beliau sedang membaca al-Quran sebaik selesai sembahyang Asar, manakala Masud pula berehat di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, sebaik selesai membaca al-Quran, beliau terhidu bau sesuatu terbakar lalu membuka pintu belakang rumahnya untuk mengetahui punca bau berkenaan.

"Selepas membuka pintu belakang itu, saya melihat rumah berhampiran sudah terbakar dan api marak dengan pantas, menyebabkan saya terus menerpa ke arah suami yang sedang berehat di ruang tamu rumah.

"Saya terpaksa menarik suami keluar rumah dan ketika itu, api mula marak membakar rumah sehingga saya gagal menyelamatkan sebarang harta benda.
"Saya bersyukur kerana suami yang uzur selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku terhadap penghuni rumah yang terbabit dalam kebakaran itu,” katanya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tujuh rumah papan berdekatan, musnah, tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana sebahagian besar penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Seorang guru pondok berkenaan, Mohd Zukri Othman, 40, berkata beliau terlihat asap dari sebuah rumah dan cuba memadamnya dengan menggunakan air daripada paip berhampiran.

"Api marak dengan pantas. Mujurlah ketika kejadian kebanyakan penghuni rumah berkenaan keluar bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azman Yasok, berkata sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.29 petang.

Katanya, sebaik tiba, semua rumah papan terbabit sudah 80 peratus hangus dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kepada 30 lagi kediaman berhampiran.

"Kami juga dibantu dua jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bersama 12 anggota dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM70,000 dan punca kejadian masih disiasat," katanya.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Nur anisa =)) on April 18, 2011 at 10:48 AM said...

adoai..kecianye..
tp terase sweet atok n nenek nie..:)

emarieys on April 18, 2011 at 10:52 AM said...

umur masih panjang..

Parapara Sapura on April 18, 2011 at 11:07 AM said...

ni nak balas terjahan gegar :D lovely kapel..best jadi camtu..huhu

faisal apardi on April 18, 2011 at 11:19 AM said...

walaupun dah tua tapi masih setia..contohilah mereka..sehati sejiwa..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!