Monday, May 9, 2011

2ND GIVEAWAY MAKBED'S JOURNAL


Buat satu entri tentang pengalaman korang berhadapan dengan hal-hal kehamilan.
Hoh, sadis betul giveaway makbed kali ni... Jelas sekali lah kan nak pilih 'bulu' mementanglah ada orang yang bujang dan tak pernah rasa kehamilan... Walaubagaimanapun, lulu tetap juga nak join.. Samaada cukup syarat ataupun tak, itu belakang cerita... nanti kita deal yer makbed *wink..


Mesti makbed rasa special sangat mengenai kehamilan sebab makbed dah tinggal beberapa minggu jer lagi akan menimang cahaya mata kedua...Semoga semuanya selamat dan takde potong'...kelahiran normal lah katakan..

Untuk giveaway ni, lulu nak cerita mengenai untie lulu yang hamil anak kedua..
(Hoh susah nak menang, kalau pengalaman sendiri aka ibu-ibu yang pernah rasa sendiri kehamilan, pasti cerita akan lebih real dan peluang untuk menang akan lebih lebih besar...ceh)..

Untie Nan ni ada anak pertama, dah jauh sangat jaraknya, sehinggakan apabila diketahui hamil, rasanya seperti kehamilan pertama.. Segala-galanya janggal.. Dan yang peliknya, ketika hamil anak kedua, dia tak boleh rasa lapar.. Asyik nak melantak jer.. Lambat sikit jer, dah start rasa pitam... Gelap jer dunia... Lepas tu lemah kepala lutut, senang jer nak rebah.. Sedangkan bila ke klinik, beberapa kali juga dia terpaksa 'dibaringkan'.. Memang lemah keadaannya..


Walaupun dia kuat melantak, selera menjadi-jadi, namun beratnya takde lah naik mendadak macam makbed.. ekeke...2 kali pemeriksaan dalam 2 bulan, berat tak pandai nak naik.. statik jer macam tu.. naik risau gak kitaorang sekeluarga..


Dan yang peliknya, dari mula kehamilan, sehinggalah hari kelahiran anak dia tu, dia asyik muntah, eh morning sickness.. Entah apa sebabnya, walaupun takdelah dalam sehari tu berkali-kali, tapi secara puratanya, adalah sekali sehari...


Bila sampai hari due, tanda-tanda kelahiran masih belum ada...  Kaki, tangan dah bengkak habis, tapi untie Nan masih gagah seperti wanita hamil lain... Hari due tu, Untie Nan diberi seminggu lagi untuk datang semula ke klinik... Nampaknya, kalau sampai minggu depan tu, usia kehamilan Untie Nan dah mencecah 41 minggu...
Maknanya Untie Nan dah bersedia dengan beg segala kelengkapan, sebab bila sampai ke minggu depannya, dia masih belum ada tanda kelahiran, maka dia terpaksa dengan rela hati ke hospital dan 'buat apa yang patut'.


Setiap hari, Untie Nan bersiap sedia, manalah tahu tetiba air ketuban pecah... Dan kena bergegas ke hospital.. Tapi hal tu tetap tidak terjadi.. Pelbagai persoalan wujud dikepalanya... Dia takut, bagaimana dengan keselamatan anak dalam kandungannya yang sudah terlebih hari.

Dan akhirnya hari tepat 41 minggu, dia datang ke klinik ibu dan anak dengan sedikit perasaan tidak selesa.. perutnya agak tidak selesa pagi tu... Nampaknya ada sedikit kontraksi(betul ke ejaan ni?) disitu, dan Untie Nan diarahkan terus ke hospital.. Bila tiba dihospital, Untie Nan sempat menjamah nasi bekalannya, maklumlah Untie Nan kan tak tahan lapar, sebelum masuk ke dalam wad..


Didalam wad, pemeriksaan lanjut dibuat oleh beberapa orang jururawat... Cekap benar mereka kata Untie Nan.. Dan rupa-rupanya bukaan serviks sudah 6 cm.. Namun air ketuban belum pecah..


Selama menunggu kelahiran, sehinggalah terlebih minggu, Untie Nan memang risau..
Tapi mungkin Allah benar-benar mengasihinya, sebab tak sampai sejam dihospital, Untie Nan sudah selamat melahirkan seorang bayi comel...Yang tidur sehingga kemalam kerana Untie Nan sempat melantak sebelum 'berjuang'..ekeke...(Ini adalah petua untuk bayi baru lahir tidak menangis kelaparan sebaik lahir, maklumlah kebanyakan ibu sekarang sukar mengeluarkan susu ibu).. Kerana Untie Nan 'pantas' melahirkan, lepas tu dia baring jer atas katil dan 'memerhatikan' ibu-ibu lain yang berjuang sama (hospital kerajaan)... leh pula goyang-goyang kaki..ekeke



Lulu : Hoh, panjang lebar lulu bercerita, kredit buat Untie Nan, untuk pengalaman ni... Dengan ucapan buat makbed, semoga lulu menang, sekurang-kurangnya hadiah istimewa sebab dapat menceritakan pengalaman kehamilan orang lain dengan serba lengkap.. Weewuuu.... *wink makbed..



Jomlah ramai-ramai memeriahkan giveaway makbed ni, sebab lulu tahu ramai pembaca lulu-pages seorang ibu... Inilah peluang anda untuk berkongsi detik istimewa sebagai seorang ibu......


Tarikh Tutup : 25.05.2011





.

3 Penyokong CHELSEA:

Makbed on May 9, 2011 at 9:15 PM said...

entri diterima.

haiyoo..ini bukan kontes ma. ini GA. hahaha..takde pertandingan pun. tembak kang!

anyway, thanks for sharing.

Makbed on May 9, 2011 at 9:17 PM said...

oooooooooooo... kalau taknak baby lapar kena makan dulu ye? tips menarik. tenkiu.

Lulu Caldina on May 9, 2011 at 9:19 PM said...

@Makbed yer makbed..sudah terbukti...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!