Monday, May 9, 2011

Terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan


Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaikinya bersama dua yang lain termasuk seorang wanita dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunus berhampiran Jalan Munshi Abdullah di sini pagi tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata ketika nahas 3.10 pagi itu, pemandu kereta dinaiki D Parameswaran, 31, dari Jalan Ampang menghala ke Jalan Dang Wangi, hilang kawalan di selekoh Jalan Munshi Abdullah.

"Sampai di selekoh lampu isyarat Jalan Munshi Abdullah, kereta dinaiki mangsa terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan lalu terjunam ke dalam Sungai Bunus dan tenggelam," katanya.

Beliau berkata, Parameswaran yang duduk di hadapan, mati di tempat kejadian manakala pemandu dan seorang lagi penumpang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987," katanya.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!