Serangan bom di tepi jalan, selatan Thailand mengorbankan dua sami Buddha hari ini ketika mereka dalam perjalanan mengutip derma, kata polis.
Mereka terbunuh serta merta selepas kejadian itu di wilayah Yala ketika mereka menaiki lori pikap manakala dua tentera yang mengiringi mereka cedera parah, kata polis.
Sami dan guru sering diberi kawalan anggota tentera dalam kawasan bergolak itu.
Sebelum ini, kejadian seperti itu menyebabkan tiga terbunuh di selatan Thailand, semalam.
Seorang suspek militan dibunuh dalam tembak menembak dengan anggota keselamatan manakala dua lagi mati dalam kejadian berasingan.
Counting to my birthday on 28 Mei..
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment