Thursday, February 24, 2011

Berita baik buat kakitangan awam dan swasta...yihaa...


Golongan pekerja sektor awam dan swasta dijangka menikmati gaji minimum baru pada tahun ini apabila Akta Gaji Minimum mendapat kelulusan Kabinet.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, amaun bagi tangga gaji minimum itu belum diputuskan kerana masih dalam perbincangan.

Pihaknya memerlukan kajian dan analisis terperinci daripada pakar sebelum mengisytiharkan amaun tersebut selain penerimaan semua pihak yang berkepentingan iaitu pekerja dan majikan.

“Kerajaan akan sentiasa berunding dengan pekerja dan majikan dalam usaha menyeimbangkan kepentingan dan memberi keputusan menang-menang kepada kedua-dua belah pihak.
“Kita tidak boleh membuat keputusan secara rambang kerana ia melibatkan semua sektor.

“Jadi kita perlu teliti dan merujuk kepada pakar-pakar yang bukan sahaja membuat kajian dan analisis tetapi membantu membuat cadangan kepada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada program forum umum Penggajian: Pengambilan, Kontrak dan Kesesuaian - Cabaran Masa Kini, Isu dan Kesulitan, di sini hari ini.

Forum anjuran Persatuan Perunding Sumber Manusia Malaysia (MAHRC) dengan kerjasama Institut Pengurusan Malaysia (MIM) itu dihadiri seramai 150 pengamal dalam bidang sumber manusia.
Maznah berkata, penggubalan akta baru itu amat penting dalam mencari penyelesaian berhubung gaji pokok 37 peratus pekerja tempatan yang ketika ini berada di bawah paras kemiskinan.

Menurutnya, kementerian juga akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk melantik ahli Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan dalam membantu kerajaan menentukan pendekatan terbaik untuk gaji minimum baru.



.

7 Penyokong CHELSEA:

ftdanisha on February 24, 2011 at 11:54 AM said...

mudah2n termakbul..yg gomen tu mmg ade dngor ura2 dh nak naik..tapi tak pastile bile..

eima on February 24, 2011 at 12:19 PM said...

klucam tu ..org gomen tangga gaji paling rendah dpt kenaikan ...org in d middle dpt naik gak tak ... huhuh mmg dgr ari tuh bulan 6 naik gaji

azzey on February 24, 2011 at 12:41 PM said...

Wow bestnya..!

Yaya Azura on February 24, 2011 at 12:49 PM said...

gaji naik jgn ler barang-barang pun ikut naik..

LiFe KaMi on February 24, 2011 at 1:32 PM said...

baru le padan barng naik gaji pun naik..:)

Hanis Azla on February 24, 2011 at 3:23 PM said...

kalau betul Alhamdulillah.. suka2

ftdanisha on February 24, 2011 at 3:56 PM said...

tul tu.brg dh naik..gaji cmtu gk...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!