Wednesday, May 4, 2011

500 meter dari lokasi kejadian


Mayat dua daripada tiga kanak-kanak masing-masing berusia antara 1 hingga 5 tahun yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam ditemui pagi ini.

Mayat Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, pada kira-kira pukul 3.15 pagi ini kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 10.20 pagi di 2.5 kilometer dari tempat kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi kanak-kanak itu, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang diperhebatkan.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa itu telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras ketika sedang mandi manda di kawasan perkelahan popular itu.

Bapa kanak-kanak itu, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.
Sementara itu, di Hospital Kuala Pilah, ibu kanak-kanak itu, Wan Azlela Wan Abdullah, 27, rebah sebaik saja melihat jenazah anak sulungnya yang dibawa ke bilik mayat hospital itu.
Beliau kemudian di bawa ke bilik kecemasan sementara Syed Ahmad dilihat berada di hutan lipur tersebut pagi ini untuk mengecam mayat anaknya.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Smile Is Cure on May 4, 2011 at 4:34 PM said...

Cik Lulu sangat sepat meng'upload' berita...wartawan kah anda...? hehehe...suke baca...

Lulu Caldina on May 4, 2011 at 4:37 PM said...

@Smile Is Cure wartawan tak bertauliah..ekeke..sajalah awak, kita kongsi bersama...sharing is caring

ariana on May 4, 2011 at 8:52 PM said...

siannya kat parent diorang yang lemas ni..moga mereka tabah..

Anonymous said...

ada video x

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!