Monday, May 9, 2011

Ada berani??


Korset yang ditindik pada kulit badan merupakan trend terbaharu yang diminati oleh golongan muda bagi menggantikan tatu.

Kos untuk menindik beberapa subang pada tubuh untuk meletakkan reben yang dijadikan korset itu melibatkan kos sehingga £300 (RM1,473).

Bagaimanapun, seorang doktor bedah memberi amaran bahawa korset itu akan menyebabkan parut pada badan buat seumur hidup dan jangkitan kuman.

Korset itu ditindik di bahagian belakang badan, tulang rusuk dan leher namun parut akan muncul dalam tempoh beberapa minggu.

Bagaimanapun, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di Southampton, Laura Hunt berkata: "Ia tidak berbahaya kerana subang yang ditindik itu di permukaan tubuh dan tidak terlalu dalam."



P/S - Berani nak cuba?



.

3 Penyokong CHELSEA:

risa on May 9, 2011 at 11:41 AM said...

mak oiiii...giler ke hape derang neh
ish ish ish
terima kasih je lah ye...ai sayang badan ai okeh
hai lulu sayammmmm...sihat?

Lulu Caldina on May 9, 2011 at 11:57 AM said...

@risa sihat kak.. cuma ngantuk..mlm tadi tgk bola...

Akmal Izzah Alias on May 9, 2011 at 12:35 PM said...

ee ngilu je rasa...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!