Menurut laman web Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), keputusan itu dibuat pada mesyuarat Panel Pengesahan Halal yang diadakan pada 22 April lalu.
“Kajian terhadap produk keluaran syarikat berkenaan mendapati terdapat DNA babi, menyebabkan sijil halal syarikat itu ditarik balik serta-merta.
“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru sijil halal yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit perlu menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal diiktiraf,” kata kenyataan dalam laman web itu.
Selain itu mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru, melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
Tindakan itu diambil selepas mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius dalam Pensijilan Halal Malaysia (PHM) kerana membabitkan hukum syarak dan aspek teknikal.
Antara kesalahan membabitkan hukum syarak termasuk pengesahan status tidak halal terhadap produk, bahan ramuan dan peralatan oleh pihak berkuasa agama yang diiktiraf selepas dipersetujui Panel Pengesahan Halal, menggunakan ramuan tidak halal selepas memiliki sijil halal dan menyimpan bahan ramuan atau produk halal dengan tidak halal di tempat sama.
Kesalahan lain termasuk menggunakan peralatan dan perkakasan yang bercampur antara halal dengan tidak halal, memproses kenderaan yang tidak sempurna sembelihannya dan membawa masuk bahan tidak halal ke premis atau syarikat yang mendapat PHM serta menggunakan ‘stunning’ menyebabkan haiwan mati.
Kesalahan dari segi teknikal pula adalah perpindahan premis atau kilang tanpa memaklumkan Jakim, perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada Jakim, penyembelih dan pemeriksa yang tidak memiliki tauliah atau tamat tempoh serta penggunaan ‘stunning’ tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.
P/S - Bayangkan ada sijil halal tapi keluarkan produk ada unsur-unsur vavi..
.
3 Penyokong CHELSEA:
kita bako aje ..
patutnya mereka siarkan nama produk sekali.. jadinya taklah pengguna terbeli produk tersebut..
kenapa tak didedahkan nama produk sekali.? takat gtau camni. sapa pn bleh la cik Lulu. depa kata depa amek berat sal pengguna, ni masih jugak menipu pengguna.. takut sangat.. eeee
Post a Comment