Saturday, May 14, 2011

Budi pekertinya buat aku tertawan..


Selepas setahun berteka-teki, Rozita Che Wan, 39, akhirnya mengesahkan gosip cintanya dengan bintang baru, Shahir Zawawi yang 16 tahun lebih muda daripadanya.
“Bukan niat nak berselindung. Malah ada rakan media yang sudah mengetahui mengenai hubungan kami, tetapi mereka menghormati permintaan saya untuk tidak dihebahkan. Cuma saya tahu dia (Shahir) perlu menjaga hati ramai orang, termasuk peminatnya.

“Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.

“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.

“Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah,” katanya.

Bagaimanapun Shahir yang turut dihubungi masih cuba berahsia dan menafikan hal itu ada kaitan dengan cubaan menjaga hati peminatnya yang secara terang-terangan tidak menyenangi hubungannya dengan kakak kepada Ayu Raudhah itu.
“Sampai masa yang sesuai, saya akan berterus-terang dan cakap perkara sebenar. Saya bimbang kenyataan atau komen ini akan disalah erti pihak tertentu. Pihak tertentu ini juga bukan merujuk kepada peminat. Cukup saya katakan, saya ada sebab tertentu untuk berdiam diri lagi sehingga ke saat ini.

“Saya yakin Cik Ta (panggilan kepada Rozita) juga memahami apa yang saya lalui. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan. Biar reda kehangatan ini, saya dengan sendirinya akan bersuara. Saya yakin setiap persoalan ini pasti ada jawapannya,” katanya.

Mengenai kenyataan ibu bapanya Ahad lalu mengenai gosip itu, Shahir yang bakal muncul dalam filem Karak mulai 26 Mei ini mempunyai jawapannya sendiri.

“Ibu bapa saya tak mahu mencampuri urusan kerjaya saya. Mereka bimbang tersilap cakap dan akan mengundang salah tafsir orang. Mereka tak mahu mengambil risiko. Jadi sebaiknya, biar saya saja yang melaluinya, di samping menjawab setiap persoalan yang ada.

“Tetapi saya yakin dalam soal memilih pasangan hidup, mereka tidak akan menghalang siapa yang saya impikan. Lebih afdal bakal kekasih atau bakal isteri saya itu bukan hanya selesa dengan saya, sebaliknya dengan keluarga. Orang yang akan hidup bersama itu juga secara jelas akan hidup dengan keluarga saya,” katanya.



Counting to my birthday on 28 Mei..


.

4 Penyokong CHELSEA:

Falling . on May 14, 2011 at 2:37 PM said...

hahhhhhhhhhhhhhhh???

errrrr btol ke?

Unknown on May 14, 2011 at 4:08 PM said...

shahir weyh!

pehal la dgn ko neh!!!

Myra Jay on May 14, 2011 at 4:25 PM said...

Akhirnya mengaku jugak RCW nieh..
Kalau xsalah baru bc dalam Pancaindera RCW kata dia xdak pape pun ngn Shahir ni.. Ntahler kan :)

syameem on May 14, 2011 at 7:51 PM said...

@..gugu..
btol la der..dh kecoh lame kisah ni kt kmpung

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!