Monday, May 30, 2011

Gara-gara kata-kata..


Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis.
Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Shafa Watiha didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia yang berasal dari Kampung Telaga Batin boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100.
Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes.





.

3 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on May 30, 2011 at 8:30 AM said...

dgn perkataan B**** je dh kena denda ek, tu la.. lain kali jgn suka mencarut2 ni.. budi bahasa budaya kte, tgk skang sape yg rugi.. rm100 pun lau dpt wat mkm kt KFC best tu

a.R on May 30, 2011 at 9:25 AM said...

tak pasal2 je....

Muhamad Zulazwan Bin Chukop on May 30, 2011 at 9:46 AM said...

mulut lebih tajam drpd pedang...kan...

-Yok mampir diluk = kenal tak makcik hajjah shitt al-wuzara tak gune ni...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!