Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan dikelar leher di Kampung Gementi, dekat Bentong awal pagi semalam.
Mayat Muhamad Yusof@ Abdul Rashid Samah, 71, seorang kontraktor ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur, manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, terbaring di tepi katil kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata ketika kejadian pasangan berusia 71 tahun dan 68 tahun itu tinggal berdua dipercayai sedang tidur di bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat.
Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi penduduk yang terdengar bunyi bising dan jeritan kuat dari rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan pisau namun polis masih mengesan senjata yang digunakan.
“Siasatan awal, polis hanya menemui sebatang cangkul dalam rumah terbabit yang dipercayai turut digunakan untuk mencederakan pasangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Narenasegaran berkata, polis menolak kemungkinan mangsa disamun berikutan siasatan mendapati tiada kesan rumah di pecah masuk.
“Semua barang berharga milik mangsa, termasuk selaras senapang tidak hilang atau dilarikan suspek.
“Justeru, kita percaya kejadian membabitkan seorang suspek yang dikenali mangsa," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan empat anak mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian terbabit.
“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih mengenal pasti motif pembunuhan terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Gementi, Zulkifli Kilau, 69, berkata Muhamad adalah timbalan pengerusi surau di kampung berkenaan dan antara orang yang dihormati penduduk.
Beliau terkejut apabila mendapat tahu kejadian menimpa arwah kerana kami agak rapat dan tinggal berdekatan.
.
2 Penyokong CHELSEA:
hmm ape la nak jadi ngan dunia skang ni
sungguh menyedihkan
Post a Comment