“Hati ini bagaikan mahu gugur apabila mendapati objek seperti manusia yang tersangkut pada terowong itu tubuh anak saudara,” kata Abdul Azam Wahab, 23, yang menemui mayat seorang daripada tiga beradik dihanyutkan arus deras kelmarin, ketika mandi di Hutan Lipur Ulu Bendol, di sini. Semalam, mayat Nursyaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nursyaza Azera, 4, ditemui pada jam 10.20 pagi.
Mayat Nursyaza Alisa dijumpai Abdul Azam kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian manakala Azira ditemui pasukan mencari dan menyelamat berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendol, di sini.
Bagaimanapun, mayat Shakinah belum ditemui sehingga petang semalam dan operasi mencari masih diteruskan.
Menurut Abdul Azam yang baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu, walaupun operasi secara rasmi dihentikan kira-kira jam 10.20 malam kelmarin, namun saudara-mara mangsa mengambil keputusan untuk terus mencari.
P/S - Semoga keluarga ni tabah..
.
11 Penyokong CHELSEA:
serius saya sedih sangat baca berita ni..sungguh..ya allah tabahkanlah keluarga mereka..alfatihah
mmg kesian..br td bc berita ni... takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa..
Ya Allah..macam ne la mak dia terima dugaan tu ye? mau pengsan tu..dua-dua nyawa anak direntap sekali.. yang ketiga tu tak tau kesudahan...apa pun kita doakan semoga dia tabah hadapi dugaan yg Maha Esa.. Amin!
Al Fatihah.. Takziah utk kuarga mereka..
ya allah tabahkan la hati mereka
al-fatihah :)
alahaiii...kesiannye
tetiba teringat anak2 akak..
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
budak tu dak keras eh:(
ya allah...kesiannye..bukan hilang 1 tp 3
moga dorang tabah dalam mengharungi kehidupan.. betapa perit kalau kita kehilangan..
semoga mereka terus kuat dan tabah menerima dugaan-Nya.
sebak..hilang sekali gus :(
Post a Comment