Thursday, May 19, 2011

Maut bergesel bas ekspres


Seorang pemuda maut setelah motosikal dinaikinya bergesel dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 423, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 1.27 pagi itu, mangsa, Mohd. Rozi Mohd. Yunus, 32, dikatakan tercampak ke tengah lebuh raya sebelum digilis sebuah kereta yang gagal mengelak.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gedangsa.

Menurut beliau, motosikal ditungganginya dikatakan berada di tengah-tengah lebuh raya sebelum ia bergesel dengan bas ekspres yang membawa 23 penumpang dari Singapura ke Thailand.
"Sebaik sahaja mangsa tercampak, datang sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita gagal mengelak lalu menyeret tubuh mangsa sejauh beberapa meter," katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Taib, pemandu bas, Teoh Poh Soon, 47, dan kesemua 23 penumpang terdiri daripada 15 warga Thailand, enam Singapura dan dua Malaysia bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata, pemandu kereta yang melanggar mangsa, Audrey Victoria Samuel, 28, juga terselamat dalam kejadian tersebut.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta saksi kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah, Inspektor Amir Che Ya di talian 03-60641222 atau 03-60651021 bagi membantu siasatan.





Counting to my birthday on 28 Mei..



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!