Wednesday, January 16, 2013

Inilah pokok kedua terbesar didunia


Terletak di pegunungan Sierra Nevada Amerika Syarikat. Pokok yang berusia ribuan tahun ini berada taman nasional Sequoia, di sebelah barat lereng Sierra Nevada dan California. Pokok Sequoia raksasa boleh tumbuh mencapai 237 kaki atau setara dengan ketinggian 20 tingkat dan boleh jadi akan tumbuh besar dan tinggi seterusnya. Batangnya berwarna merah berkarat, menebal dengan lapisan dalam kulit berkerut, dan 27 meter dengan diameter di dasar. Pokok ini begitu besar, sehinggakan anda hampir tidak dapat melihat semuanya. Pohon Sequoia yang paling terkenal diberi nama ‘The Presiden’ yang berusia 3200 tahun merupakan pokok terbesar ke dua di dunia. Pokok pertama ialah sequoia raksasa yang terletak di Giant Forest of Sequoia National Park di Tulare County, California, The General Sherman”.

Dengan ketinggian 83.8 meter (275 kaki), diameter 7.7 meter (25 kaki), sebuah batang diperkirakan volume 1.487 meter kubik (52.513 kaki kubik), dan diperkirakan berusia 2300 – 2700 tahun. Penelitian terbaru oleh ilmuwan Steve Sillett dari Humboldt State University telah mendedahkan bahawa ‘The Presiden’ peringkat nombor dua di antara semua pokok-pokok besar yang sudah pernah diukur.


Walaupun The Presiden” tidak berdiri sebagai tertinggi dari pokok sequoia atau Eucalyptus regnans di Australia, namun tinggi bukanlah segalanya, yang jelas The Presiden jauh lebih besar daripada pokok redwood pantai atau eukaliptus. The presiden memiliki hampir dua juta daun. Batangnya terus melebar, sementara tungkai atas tumbuh kuat bahkan ketika usia pokok bertambah. Steve Sillett dan kumpulannya membuktikan penemuan tak terduga ini dengan memanjat pokok terbesar dan mengukur mereka lebih menyeluruh daripada yang pernah dilakukan sebelumnya. -NG






.

3 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on January 16, 2013 at 4:24 PM said...

erkk besar btl pokok ni. ni nak potong pn susah

naufal on January 16, 2013 at 11:09 PM said...

weeew gede bener tuh poon postingan yg menarik kunjungan baliknya http://naufalthedarkness.blogspot.com/2013/01/apapun-keinginan-anda-mandiri-saja.html

Unknown on January 16, 2013 at 11:10 PM said...

oh ya jangan lupa follback udeh ane follow tuh blog ente www.naufalthedarkness.blogspot.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!