Tuesday, May 31, 2011

Mayat bangsawan dijadikan ubat...


Seorang bangsawan yang meninggal hampir 90 tahun lalu digali dengan harapan boleh membantu memerangi wabah flu. Tuan tanah di Yorkshire bernama Sir Mark Sykes itu meninggal di Perancis pada 1919 kerana flu Sepanyol.

Para ilmuwan di England percaya jenazah Mark mengandung DNA flu Sepanyol yang mempunyai kemiripan struktur genetik dengan flu moden. Berdasarkan hasil penemuan ilmuwan AS tahun lalu, DNA flu Sepanyol boleh dibuat ubat untuk mencegah wabah flu moden.
Seperti dilaporkan BBC, Undang-undang membenarkan mayat Sir Mark yang tersimpan di rumah bersejarah, Sledmere House, dibongkar setelah mendapat izin dari cucunya. Jenazah akan diteliti dalam laboratorium khusus kedap udara agar tidak terjejas.


Sir Mark meninggal dunia kerana wabah flu Sepanyol yang menewaskan jutaan orang pada akhir Perang Dunia I. Sir Mark adalah ahli politik yang diwar-warkan menjadi perdana menteri England. Dia pernah ditugaskan di Timur Tengah dan diserang virus itu ketika menempuh perjalanan dari Syria ke London. Dia meninggal dunia pada 16 Februari 1919 di Hotel Lotti selama perundingan perdamaian di Paris.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Jαnnαhツ on May 31, 2011 at 10:10 PM said...

org kata flu spain ni disebabkan oleh babi jugak rasenya...

mcm ni lah on June 1, 2011 at 12:47 AM said...

apekah penyakit fulu sepanyol ni ?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!