Friday, May 27, 2011


Pemain tenis kelahiran Rusia, Anna Kournikova bakal menyertai program realiti menurunkan berat badan, The Biggest Loser sebagai jurulatih, kata televisyen NBC semalam.

Kournikova, 29, yang menjadi terkenal sama ada di dalam dan di luar gelanggang walaupun tidak pernah memenangi kejuaraan utama tenis perseorangan, akan menyertai rancangan itu pada September depan.
Beliau dilahirkan di Moscow dan kini menjadi rakyat Amerika Syarikat dan menetap di Miami, Florida.

Menurutnya, beliau telah lama meminati rancangan itu yang memberi peluang kepada peserta untuk menurunkan berat badan melalui program diet dan latihan yang ketat untuk memenangi hadiah wang tunai.
"Sebagai bekas pemain tenis profesional dan jurulatih berkelayakan, ini merupakan peluang terbaik untuk saya berkongsi keghairahan untuk kekal sihat dengan seluruh keluarga di AS," katanya dalam satu kenyataan.

Penerbit program realiti NBC, Paul Telegdy berkata, rangkaian itu yakin Kournikova akan menjadi pakar motivasi yang berkesan kepada peserta untuk menjaga badan dan sihat.
Kournikova mula bermain tenis pada umur lapan tahun dan beraksi pertama kali di Grand Slam pada umur 15 tahun di Terbuka AS.

Dia memenangi gelaran Grand Slam bersama Martina Hingis dalam acara berpasangan pada 1999 dan 2002, namun turut sama terkenal sebagai model dan kisah percintaannya dengan penyanyi pop terkenal, Enrique Iglesias.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 27, 2011 at 12:43 PM said...

badan dia sampai tahap kena masuk biggest loser ke?rasa macam tak la teruk sangat

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!