Monday, May 16, 2011

Penyeludup petrol dihempap lori


Seorang lelaki tidak sempat untuk menyeludup petrol ke negara jiran apabila dia maut selepas kereta yang diubah suai dengan menempatkan dua tangki tambahan bagi membawa lebih banyak bahan api itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah lori di Kampung Wang Perah, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, kereta Nissan Sunny dipandu mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan hilang kawalan kerana beban dibawa.

Difahamkan, mangsa sudah beberapa kali melakukan kegiatan itu dipercayai mengisi petrol di beberapa stesen minyak melalui saluran getah untuk disimpan dalam tangki tambahan pada kenderaannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, setiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan hilang kawalan akibat membawa muatan minyak petrol berlebihan sebelum terbabas ke laluan bersebelahan dan merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

Katanya, lori terbabit dikatakan datang dari arah Changlun dipercayai dalam perjalanan mengambil bekalan pasir di Bukit Wang, dekat sini.

“Rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik serta menghempap kereta mangsa. Pemandu kereta tersepit di tempat duduk dan meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati tangki minyak kereta itu sudah diubah suai bagi membolehkan membawa lebih banyak petrol untuk tujuan penyeludupan.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

ngeriiiiiiiiiiiiii

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!