Tuesday, May 24, 2011

Remaja maut motosikal rempuh teksi

Seorang remaja yang dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah teksi di KM5, Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam itu, mangsa Abdul Rahim Mohd Ayob, 18, cedera parah dileher dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Lebih memilukan kejadian itu turut disaksikan bapa tiri mangsa yang juga dalam perjalanan ke pusat mencuci kenderaan berkenaan.

"Abdul Rahim dan saya bekerja di pusat mencuci kenderaan di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang, saya melihat kemalangan itu dan apabila menghampiri saya dapati ia membabitkan anak tiri saya," kata Muhamad Ali Abdullah kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad, 38, berkata beliau sempat memangku mangsa yang ketika itu masih bernyawa.

"Sebaik sampai di hospital, saya dimaklumkan dia telah meninggal dunia," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi berkata motosikal mangsa dilaporkan melanggar bahagian teksi jenis Proton Iswara ketika kenderaan berkenaan berhenti untuk mengambil penumpang.
"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Jujurara on May 24, 2011 at 6:43 PM said...

innallilah..semoge arwah ditempat kan di tempat org yg beriman..amin..

Santan Berlada on May 24, 2011 at 8:36 PM said...

ngeri la... huhu
ni buat ak lemah sikit nek motor...T_T

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!