Monday, May 16, 2011

Saya akan kahwin 5 tahun dari sekarang


Dalam usia yang baru menginjak 25 tahun, tahun ini, aktor Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin mengakui masih belum bersedia untuk bergelar suami.
Jelas aktor yang popular dengan watak Inspektor Asraf melalui drama bersiri Gerak Khas itu, fokusnya kini adalah untuk mengukuhkan kerjayanya terlebih dahulu sebelum bertukar status.
"Saya masih belum bersedia lagi untuk ke arah itu. Kerjaya saya dalam industri hiburan pun masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki lagi.

"Sekarang ini saya lebih fokus untuk mengembangkan bakat saya dalam lakonan dan mempelbagaikan kebolehan saya sendiri," katanya ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri Nora Elena di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Walaupun lebih menumpukan pada kerjaya, Zul tidak menafikan, dia juga berusaha untuk mempersiapkan diri sebelum menamatkan zaman bujang.

Zul menyatakan, kalau boleh dia mahu berkahwin sebelum usia melewati angka 30.
"Insya-Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia menginjak 30 tahun. Ada lima tahun lagi.
"Saya rasa dengan tempoh yang ada itu, saya sudah boleh berdiri atas kaki sendiri dan menjalankan kewajipan sebagai seorang suami yang baik," ujar aktor yang dikaitkan dengan aktres Abby Abadi itu.

Diusik sama ada Abby Abadi tidak cemburu jika Zul digandingkan dengan aktres lain, berderai tawa Zul.
Jelasnya, semua itu atas dasar kerja dan sudah menjadi rutin yang perlu dilalui oleh seorang pelakon lelaki bergandingan dengan pelakon wanita.
"Apa yang hendak dicemburukan... saya hanya lakukan tugas sebagai seorang pelakon dan hubungan itu tidak lebih daripada itu.

"Apa yang penting kita kenalah profesional dan mampu membezakan di antara soal peribadi dan soal kerja," jelas pembawa watak Idham dalam drama Nora Elena yang mula disiarkan Isnin lalu.
Terus terang Zul mengakui, dia agak sukar untuk membiasakan diri dengan watak-watak baru yang diberikan kepadanya.
Dua tahun setengah menjadi seorang anggota polis dalam Gerak Khas, Zul mengakui, itu menyebabkan dirinya merasa agak kekok untuk melakonkan adegan cinta.

"Lama saya jadi polis dan sekarang saya mahu mencuba watak-watak lain pula. Memang tidak dinafikan, pada mulanya rasa agak kekok berlakon cerita cinta. Tetapi saya dapat bawakan juga watak itu sebaik mungkin.
"Saya teringin hendak mencuba watak-watak yang jarang dilakonkan seperti orang gila ataupun penagih dadah.
"Cabaran membawakan watak itu saya rasa begitu kuat kerana bukan senang untuk menjiwai watak seperti itu," jelasnya.





Counting to my birthday on 28 Mei..



.

1 Penyokong CHELSEA:

anGah on May 16, 2011 at 4:40 PM said...

wow.. blogger terkenal dtg komen dekat blog saya.. sukee... huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!