Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam melahirkan rasa kecewa dan kurang minat untuk mendengar kes ubah tuntutan nafkah dua anak pengacara, AC Mizal selepas bekas isterinya, Shafnie Zainuddin tidak hadir mahkamah untuk mendengar prosiding itu.
Hakim Syarie, Abdul Halim Mohamad berkata demikian apabila dimaklumkan peguam syarie, Mohd Ridhwan Husin yang mewakili model dan pengacara televisyen, Shafnie, 36, tidak hadir ke mahkamah semalam kerana berada di luar kawasan.
“Saya tidak boleh terima alasan ini. Lepas ini saya tidak akan timbang lagi jika dia tidak hadir, tolong nasihatkan dia hadir pada tarikh seterusnya. Lagipun defendan (AC Mizal) selalu hadir, dia yang tidak pernah hadir, sedangkan dia plaintif,” katanya.
Abdul Halim kemudian menetapkan 6 September ini untuk sambung bicara kes itu selepas dimaklumkan dua saksi iaitu ibu dan kawan Shafnie juga tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.
Mohd Ridhwan berkata, ibu Shafnie, Rapiah Ab Talib berada di Hospital Serdang kerana menjalani pembedahan mata, manakala rakannya, Mazlina Alias demam sejak pulang mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.
Abdul Halim menasihatkan kedua-dua pihak melakukan perancangan rapi sebelum prosiding akan datang.
“Tempoh diberi panjang, plaintif dan defendan perlu rancang apa yang perlu dilakukan,” katanya.
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 40, hadir di mahkamah bersama peguamnya, Siti Aishah Din.
Pada 5 Oktober 2010, Shafnie memohon tambah nafkah anak RM300 menjadi RM3,770 sebulan selepas mengetahui kemewahan dimiliki bekas suaminya itu menerusi media.
.
4 Penyokong CHELSEA:
dah jadi macam ni anak2 lah jadi mangsa kan..
macam kesian tengok ex AC ni macam menyampah pon ada..haishhh macam2 lah
kesian pada anak2 jadi mangsa keadaan tapi bersyukur yang anak2 itu tidak merempat.. Orang kalau boleh nak settle cepat tak nak tangguh lama2.. buang masa buang tenaga sia2 jadinye..
apa tujuan si shafnie ni...kalau nak nafkah tu ditambah....bagi la kerjasama...ni buat orang susah je...
entah le....masing2 pny hal...mahkamah pon da bosan, inikan plak peminat...semakin bosan le ...huhu~
Post a Comment