Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.
Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar,31, Mokhtar meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi Selasa di Hospital Ampang dekat sini, akibat menderita komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.
"Sebelum ini, bapa saya dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius,”
"Dan baru semalam (Isnin) dia dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, sudah kuasa Allah, dia akhirnya pergi jua tanpa meninggalkan sebarang pesan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa..
Terdahulu jenazah dimandikan di hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan berhampiran kubur isterinya.
Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.
P/S - Al-Fatihah......
Counting to my birthday on 28 Mei..
.
7 Penyokong CHELSEA:
Al-fatihah
al ftihah...
bertimpa-timpa dugaan kepada keluarga arwah. Harap mereka tabah hadapinya..
Alfatihah... tu lah pasangan sehidup semati kan..
al-fatihah..
smga roh arwah suami isteri ini di tempatkan di kalangan mereka yg beriman..
dapat bayangkan anak2 mereka menjadi yatim piatu dalam masa terdekat cmni ;(
Al-Fatihah, pasti ada hikmahNya untuk keluarga Arwah(s)
kenapa Mak Siti suka mengusik?
alfatihah...nilah dikatakan cinta sejati sehidup semati kan...semoga akak ngan somi pon macam ni lah..insyaallah
Post a Comment