Friday, May 20, 2011

Subhanallah...betul ke ni??


Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.

Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.

Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

“Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.

“Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.




Counting to my birthday on 28 Mei..




.

3 Penyokong CHELSEA:

Aziela on May 20, 2011 at 11:06 AM said...

Astaghfirullah... Itulah kadang2 nak derma tak tentu arah di jalanan nie, akak cuak sikit. Tak pasti kemana perginya.
Cik Lulu...nak minta bantuan sikit boleh? Kalau sudi, boleh tak tolong hebahkan pasal akak nak cari staff temporary. Details kat blog akak yer.. Kalau tidak mengganggu la...
TQ...muahh

Maifinaz on May 20, 2011 at 1:07 PM said...

the title suppose to be 'masyaAllah'

Myra Jay on May 20, 2011 at 5:56 PM said...

Mengambil kesemp[atan ke atas org lain dgn tujuan keuntungan diri sendiri..
Apa nk jadi la skg nie kan Lulu :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!