Thursday, May 19, 2011

Tengoklah kesannya...

Taksub terhadap komik berciri pertarungan yang menjadi kegemarannya, seorang lelaki bagaikan hilang ingatan apabila cuba menyembelih adiknya dan mencederakan seorang anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 10, Kawasan Perindustrian Gong Badak, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 36 tahun dan sudah beristeri serta mempunyai dua anak, bertindak mengelar tapak tangan adiknya menggunakan parang.
“Dia kelar lengan dan tangan saya sebelum meletakkan parang sepanjang 15 sentimeter ke leher saya. Ketika itu saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana melihat dia bagaikan tidak sedarkan diri.

“Mujur ada rakan dan orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian menyelamatkan saya,” kata adik lelaki itu yang enggan dikenali.

Mangsa yang berusia 20 tahun mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum membuat laporan polis.





Counting to my birthday on 28 Mei..


.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 19, 2011 at 10:28 AM said...

bahayanya...

risa on May 19, 2011 at 10:33 AM said...

mak aihhhhhhhhhh gile ke hape dia neh
baca komik pon boleh jadi mengong

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!