Wednesday, May 11, 2011

Tragedi dahului perkahwinan


“Saya menerima hakikat kunjungan kali ini bukan lagi membincangkan soal perkahwinan, tetapi memberi penghormatan terakhir kepada insan paling saya sayangi,” kata Latifah Jalilul, 26, bakal tunang kepada Dr Mohd Azri Dollah yang lemas ketika cuba menyelamatkan seorang jururawat yang juga rakan sekerjanya, Nor Fazila Abdul Kadir, 23, semalam.

Latifah dari Tawau, Sabah ditemui pada majlis pengebumian mangsa berkata, dia tidak menyangka permintaan bakal tunangnya yang beriya-iya bertemu di Kuching bagi membincangkan majlis berkenaan bertukar menjadi pertemuan terakhir mereka.

Menurutnya, dia mengenali arwah ketika bersama-sama menuntut di Matrikulasi Labuan tujuh tahun lalu dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun ini menerusi perbincangan yang sepatutnya diadakan bersama keluarga arwah.

“Arwah memberitahu dia tidak sempat ke sana (Tawau) kerana kesibukan dan meminta saya datang ke sini (Kuching) bagi membincangkan hal berkenaan.

“Pada malam kejadian, arwah mengirim SMS meminta saya menjaga diri dan kesihatan selain turut menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga tahun ini.

“Saya tidak menyangka kunjungan hari ini (semalam) hanya untuk melihat jenazahnya dikebumikan sedangkan minggu lalu, dia baru berbincang mengenai persiapan majlis perkahwinan kami,” katanya.



P/S - Berita terdahulu [KLIK SINI]

Counting to my birthday on 28 Mei..


.

4 Penyokong CHELSEA:

Makbed on May 11, 2011 at 10:32 AM said...

tak de jodoh arwah. sedihnya..

Anonymous said...

hhuhu sedih nye..

semoga ruh arwah di cucuri rahmat

PCL on May 11, 2011 at 11:49 AM said...

dugaan hidup u..harap beliau tabah dan redha kehendak dan ketentuanNYA.

Dah penah kena??

charmyiex on May 11, 2011 at 12:00 PM said...

Mohd Azri tu junior charm amsa sekolah. Kakak arwah sekelas dan 1 sekolah dari darjah 1-tngkatan 5. Memang x sangka arwah dah xde. Terbayang2 wajah arwah masa arwah kecik main kejar2 kat sekolah. Allah lebih menyayangi arwah. Al-fatihah.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!