Monday, June 20, 2011

Ambulans terbalik

Seorang wanita sarat mengandung cedera ringan apabila ambulans yang membawa beliau dan seorang lagi pesakit terbalik dirempuh sebuah kereta di persimpangan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada jam 8.45 pagi ketika ambulans itu dalam perjalanan membawa pesakit berkenaan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Pengarah HSAH, Dr Harif Fadzilah Che Hashim berkata, seorang pembantu kesihatan dan pemandu ambulans itu juga cedera ringan.

Katanya, semasa hendak memasuki persimpangan Plaza Tol Sungai Petani Utara, sebuah kereta dari arah Sungai Lalang merempuh ambulans itu menyebabkan pemandu ambulans hilang kawalan lalu terbabas sebelum kenderaan itu terbalik.

Beliau berkata, kedua-dua pesakit itu kemudian dibawa ke HSAH dengan ambulans lain.

"Kandungan wanita itu selamat," katanya.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on June 20, 2011 at 11:05 PM said...

syukur dia selamat -.-
Allah masih bgi peluang kt baby lam perut tu tuk lahir

Ce'gu JAERA on June 20, 2011 at 11:15 PM said...

pantang maut sebelum ajal kan.. syukurlah segalanya selamat

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!