Monday, June 20, 2011

Dialah juaranya...


Rory McIlroy mudah merangkul kejuaraan golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi dengan kelebihan lapan pukulan, sekal gus memberi isyarat dirinya bakal menggegarkan dunia sukan berkenaan apabila menjadi pemain termuda menjuarai kejohnanan berprestij itu sejak 1923.

Pemain berusia 22 tahun dari Britain itu, berada di depan dengan lapan pukulan dalam kelompok sengit malam semalam, mencatat dua bawah par 69 ketika cuaca panas di Congressional Country Club untuk merangkul gelaran utama sulung buat dirinya.

"Saya tidak dapat meminta lebih daripada ini dan saya amat gembira untuk menjulang trofi ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan," katanya pada majlis penyerahan trofi.


Pada sekian lama dianggap sebagai bakal pemain nombor satu dunia, McIlroy mencatatkan rekod kejohanan dengan 16 bawah par 268 untuk mengetepikan cabaran terdekat selepas melenyapkan memori pahit ketika pusingan akhir Masters dua bulan lalu.




P/S - Berbaloi tengok game day 4 ni sepanjang subuh hingga awal pagi tadi.. u deserve it...




.

2 Penyokong CHELSEA:

Nissa Jalaluddin on June 20, 2011 at 7:32 PM said...

woooahh...saya sama baya dengan beliau lah!hehe=)

Ce'gu JAERA on June 20, 2011 at 7:43 PM said...

banyak-banyak sukan, sukan Golf ni la yang paling aku boring nak tengok. membosankan. heran apasal la ASTRO suka sangat tayang banyak2 sukan ni kat channel dorang ni. mnyemak jak. tak pasal2 kitaorang pun membayar bil nya sekali. we want more football channel... yeaahhhh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!