Thursday, June 30, 2011

Anak ayam sakit punca harga naik?


Masalah anak ayam berpenyakit dikatakan menjadi antara faktor yang menyebabkan bekalan daging ayam berkurangan di negeri ini sekali gus mencatatkan peningkatan harga terlalu tinggi sehingga menghampiri RM9 sekilogram.

Menurut sumber, masalah itu dikenal pasti sejak awal bulan ini apabila para penternak mendakwa menerima bekalan anak ayam dari sebuah syarikat pembekal di Muar yang kemudiannya didapati berpenyakit.
Menurut beliau, syarikat pembekal tersebut membekalkan anak ayam untuk penternak di seluruh negeri ini menerusi satu perjanjian atau kontrak ladang.
“Kakitangan saya yang membuat pemantauan di ladang ternakan ayam, telah dimaklumkan bahawa anak ayam yang dibekalkan itu mempunyai jaminan selama tujuh hari iaitu jika keadaannya tidak baik, penternak boleh memulangkan semula kepada pembekal.

“Kami juga dimaklumkan penternak terpaksa memulangkan anak-anak ayam disebabkan ia didapati berpenyakit dan kos untuk memulihkan anak ayam itu tidak mampu ditanggung penternak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber, purata harga daging ayam standard di seluruh negeri ini yang dicatatkan semalam, adalah antara RM7.50 sehingga RM8.80 sekilogram.

Beliau memberitahu, semalam, harga ayam termahal dikesan di Endau iaitu RM8.80 sekilogram diikuti Ulu Tiram, Tangkak, Mersing dan Parit Raja dengan masing-masing RM8.50 sekilogram.
Beliau tidak menolak kemungkinan punca kenaikan harga ayam turut disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik di ladang pembekal serta penternak dan pengurangan subsidi diesel untuk pengangkutan lori membawa ayam.
Sementara itu, Pengarah PPDNKK negeri, Che Halim Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan tentang masalah anak ayam berpenyakit itu dan menyatakan akan turun membuat tinjauan di ladang-ladang ternakan ayam terbabit dalam masa terdekat.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on June 30, 2011 at 10:18 AM said...

xde la rendang ayam raya nih,,

Niena Muhammad on June 30, 2011 at 10:50 AM said...

erk.. sbb ank ayam sakit? comel je bunyi hehe

http://www.my-shopping2u.com/2011/06/promosi-blog-seterusnya-penamat.html

Kancil 8349 on June 30, 2011 at 2:01 PM said...

alasan yang tidak munasabah....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!