Thursday, June 30, 2011

Halang guna internet


Sekumpulan penduduk Mesir melancarkan kempen melalui internet bagi menghalang penyanyi kelahiran Colombia, Shakira, daripada memasuki negara itu dan membatalkan konsertnya di Kaherah pada November, sebagai reaksi balas berikutan kunjungannya ke Israel seminggu lalu.

Sebilangan besar peminatnya di negara itu mengecam kunjungan Shakira ke Israel dan melawat kanak-kanak Yahudi di sebuah sekolah di Baitulmaqdis, tetapi tidak mempedulikan kanak-kanak Palestin yang menderita akibat penjajahan rejim Zionis.
Shakira juga ditegur berikutan lawatannya, kerana dia mempunyai darah kacukan Lubnan, sedangkan wujud permusuhan yang kuat di antara Lubnan dan Israel.

Laman web yang dihasilkan bagi kempen itu menyatakan serangan tidak ditujukan kepada Shakira sebagai seorang individu, sebaliknya bagi menunjukkan penolakan keras terhadap apa juga bentuk hubungan dengan Israel.

“Konsert Shakira tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada Mesir, sebaliknya adalah lebih baik jika dia tidak mengadakan konsert itu,” kata seorang anggota penganjur kempen.

Penganjur kempen turut melahirkan kemarahan berikutan kesediaan Shakira menerima undangan daripada Presiden Israel Shimon Peres dan kenyataannya untuk membuka ‘lembaran baru’ dengan penduduk Israel.
“Kenyataan Shakira adalah mengejutkan dan kami menuntut agar dia diharamkan daripada memasuki Mesir untuk selama-lamanya,” kata anggota kumpulan penganjur itu.

Shakira melawat Israel bersama teman lelakinya, bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique dan menginap di sebuah hotel di Baitulmaqdis.





.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on June 30, 2011 at 11:31 AM said...

cari nahas je..

Nadia on June 30, 2011 at 12:07 PM said...

huh..dasyat giler..

#3 Spontaneous Thursday | ツ miss nadya punyer blog ツ

zuwaidah on June 30, 2011 at 12:29 PM said...

pertama kali masuk ke blog ni dan dah jadi follower. suka suka suka

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!