Sunday, June 19, 2011

Artis meninggal dunia..


Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.


Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.




P/S - AL-FATIHAH...




.

6 Penyokong CHELSEA:

Cik Purple on June 19, 2011 at 1:34 PM said...

Al-fatihah.. takziah buat keluarga.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman.. Amin..

||aLeaSaRa|| on June 19, 2011 at 1:59 PM said...

innalillah....mmg terkejut tgk berita tadi.kehilangan pelakon yg blh membawakan watak sedih dan kelakar.al-fatihah

Nabila Wahab on June 19, 2011 at 2:16 PM said...

Alfatihah.. bru je tgk drama lakonan arwah.. tanah kubur.. Smoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.. aminn..

armouris on June 19, 2011 at 2:55 PM said...

takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

syarifahsidrus on June 19, 2011 at 3:03 PM said...

al fatihah..semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman

pelesit budiman on June 19, 2011 at 3:53 PM said...

al-fatihah, semoga roh nya dicucuri rahmat......amin...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!