Wednesday, June 22, 2011

Dia ke orangnya? wee..........


Jurulatih Porto, Andre Villas-Boas semakin hampir untuk berpindah ke kelab Liga Perdana England, Chelsea selepas melepaskan jawatan itu semalam.
"Porto telah dimaklumkan mengenai hasrat Villas-Boas untuk meletak jawatan dan secara automatik, klausa dalam kontraknya aktif," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan juara Liga dan Piala Portugal serta Liga Europa itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kontrak jurulatih berusia 33 tahun itu akan terbatal sebaik sahaja menerima deposit berjumlah 15 juta euro (RM65.4 juta).
Villas-Boas yang mempunyai kontrak bersama Porto sehingga tahun 2013 telah dikaitkan dengan Chelsea yang ketika ini sedang mencari pengurus baru bagi menggantikan tempat Carlo Ancelotti yang dipecat pada Mei lalu.

Sekiranya Chelsea berjaya melengkapkan perjanjian ini, bekas jurulatih Porto itu akan menjadi pengurus paling muda dalam saingan Liga Perdana England.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich pada mulanya mahu melantik Guus Hiddink, 64, sebagai pengurus kelab itu.

Namun, masalah mula timbul apabila Hiddink menjelaskan bahawa pada usia yang sepertinya, dia memerlukan seorang pembantu pengurus yang terkenal untuk meringankan bebannya.
Apabila percubaan mendapatkan pengurus seperti Marco van Basten dan Steve Clarke menemui kegagalan, The Blues kemudian cuba memancing Villas-Boas yang mana dia menerima tugas tersebut tetapi hanya sebagai pengurus sahaja.

Abramovich sedar tentang risiko yang dihadapi tetapi dia memutuskan untuk percaya terhadap kebolehan jurulatih muda itu yang dianggapnya mampu menjadi hebat seperti Jose Mourinho.
Villas-Boas, yang banyak mengutip pengalaman di bawah bimbingan Bobby Robson dan Mourinho, mula melatih Porto sejak musim panas lalu.

Dia membawa kelab itu memenangi empat trofi dalam satu musim iaitu Liga Europa, Liga Portugal, Piala Portugal dan juga Piala Super.
Ketibaan Villas-Boas juga mungkin menyaksikan penyerang utama Porto, Radamel Falcao turut menyertai Chelsea.
Namun pemain Chelsea mungkin memerlukan sedikit masa untuk menerima kehadiran Villas-Boas sebagai pengurus mereka.


Ini kerana usia Villas-Boas adalah sebaya dengan pemain lain seperti Didier Drogba dan Frank Lampard yang baru saja menyambut ulang tahun ke-33 kelmarin.
Dia dibawa ke Chelsea oleh Mourinho untuk mengambil data pasukan lawan, memberi setiap pemain satu video mengenai maklumat khusus tentang pemain lawan mereka dan juga pasukan tersebut secara keseluruhannya.

Selepas menerima bimbingan daripada Robson, dia kemudian mengikut Mourinho ke Chelsea dan juga ke Inter Milan, sebelum berpisah apabila mendapat tawaran menjadi jurulatioh di Academica de Coimbra pada Oktober 2009.
Villas-Boas kemudian pulang semula membimbing Porto pada 2009.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!