Wednesday, June 22, 2011

Polis tembak mati tiga penjenayah


Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang cuba merompak sebuah rumah di ladang kelapa sawit Yazid Baba 1 di Kampung Pedas Tengah, Rembau, dekat sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.54 pagi, ketiga-tiga penjenayah itu yang berusia lingkungan 20-an ditembak mati menggunakan senapang patah oleh anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kampung tersebut.

Difahamkan, tiga lagi anggota kumpulan itu sempat melarikan diri dengan salah seorang daripadanya cedera akibat terkena tembakan pihak polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, sepasukan anggota polis yang meronda di kawasan ladang kelapa sawit terserempak dengan kumpulan penjenayah itu.
Ketika itu, katanya, kumpulan penjenayah tersebut cuba melarikan diri selepas kehadiran mereka untuk merompak rumah mangsa disedari salah seorang ahli keluarganya.
“Sebaik sahaja terserempak dengan sepasukan anggota polis, penjenayah terbabit bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.


“Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan senapang patah untuk mempertahankan diri. Tiga daripada mereka mati setelah terkena tembakan manakala seorang lagi tercedera dan meloloskan diri bersama dua lagi rakannya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Osman memberitahu, pihaknya sedang giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri itu.




.

1 Penyokong CHELSEA:

kokser kokdam on June 22, 2011 at 11:45 AM said...

bace tajuk, br je nk puji polis ebat,
tp sampai bab akhir, ade yg terlepas.. eheh

pause dlu pujian tu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!