Tuesday, June 28, 2011

Gara-gara kekasih

Seorang lelaki berusia awal 30-an patah kaki kanan, leher dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah apartmen di Plaza Idaman, Setapak, di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki terbabit terjatuh ketika leka berbual di telefon dengan teman wanitanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa mencangkung di tembok tempat letak kereta apartmen berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh.
Menurut sumber, seorang wanita berusia awal 20-an yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Balai Polis Setapak, di sini.

“Wanita terbabit baru pulang dari kerja sebelum melihat seorang lelaki terjatuh dari kawasan itu ketika dia mahu meletakkan kenderaannya di tingkat sama.

“Sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika pasukan perubatan tiba kira-kira 10 minit kemudian, mangsa yang parah dilaporkan tidak sedarkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu tiada unsur jenayah dalam insiden itu.




.

6 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on June 28, 2011 at 8:23 AM said...

orang kata kalau dah mabuk cinta...bumi dipijak pun macam berada di awan...hahaha...

Anonymous said...

ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lelaki mmg sukak buat cm tu^^

Leya on June 28, 2011 at 8:30 AM said...

dia cuba menjadi lelaki di atas awan....harap2 dia selamat lah.

Niena Muhammad on June 28, 2011 at 8:46 AM said...

leh plak camtu.. tu la, bergayut xigt dunia kn dah jatuh

Sharinginfoz on June 28, 2011 at 8:55 AM said...

kena hati yang suka bergayut ni

Unknown on June 28, 2011 at 9:59 AM said...

apa la yang dibualkan tu ye sampai jatuh2....huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!