Wednesday, June 22, 2011

Gimik jer lah..adeh


Kontroversi penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 26, yang dilaporkan sudah berkahwin pada Ahad lalu secara senyap hanyalah sekadar gimik yang dilakonkan dalam klip videonya.
Pengurus penyanyi itu, Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video terbaru Marsha berjudul Bila.

"Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.
"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya.
Sebuah akhbar harian tabloid, Rabu, melaporkan bahawa penyanyi tersebut mengaku sudah berkahwin secara sembunyi pada Ahad lalu.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa pelakon drama Kum Kum The Series itu telah melangsungkan perkahwinan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Syada berkata, klip video tersebut sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan dikeluarkan di YouTube pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pihaknya juga berasa terkejut dan geli hati apabila isu berkenaan dijadikan sebagai kontroversi muka hadapan akhbar berkenaan.
Katanya, perkara itu timbul apabila Marsha secara bergurau menceritakan hal “perkahwinan” tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini.
"Penggambaran untuk klip video tersebut sudah siap sepenuhnya hanya tinggal proses suntingan terakhir sahaja.

"Kami tak sangka ia menjadi persoalan banyak pihak mengenai kebenaran perkahwinan yang dilaporkan tapi ia sedikit sebanyak membantu kami untuk mempromosikan video klip tersebut," katanya sambil memberitahu penyanyi itu sedang sibuk di lokasi penggambaran dan tidak dapat menjawab panggilan telefon.




.

6 Penyokong CHELSEA:

Amelia on June 22, 2011 at 7:20 PM said...

==
bongok je

bombay on June 22, 2011 at 7:25 PM said...

luluuuu!!!!sory sgt2 lambat respon..internet slow gyle, mcm kure2 belumba sape jalan lagi lambat..thankz singgah blog td..:)

http://bombay-913.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html

btw, marsha hot..hehe..i like her..hehe..:)

hanis azla on June 22, 2011 at 8:57 PM said...

adeh.. he..he..

♥♥azatiesayang ♥♥ on June 22, 2011 at 8:57 PM said...

Salam Lulu..biasa la artis! Nak kasi gempak!hihi

Nasz on June 22, 2011 at 9:59 PM said...

banyak betul gimiknya..huhu..

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com

intan.maisarah on June 22, 2011 at 10:19 PM said...

lawa marsha ni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!