Guus Hiddink bersedia untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Turki bagi melatih gergasi Liga Perdana England, Chelsea.
Jurulatih kelahiran Belanda berusia 64 tahun itu berasakan, dia sudah lama menggalas tugas jurulatih antarabangsa, dan mahu kembali berada dalam pengurusan kelab.
Jelas sekali, pemilik Blues, Roman Abramovich berminat untuk mendapatkan Hiddink di Stamford Bridge, menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat.
"Saya tidak pernah beritahu sesiapa yang saya mahu terus berkerja dengan Turki. Saya rasa saya bertenaga dan saya mahu bekerja setiap hari.
"Saya rasa seperti saya mahu melakukan lebih banyak lagi, jadi peranan di kelab adalah lebih menggembirakan saya daripada melatih skuad kebangsaan.
"Saya belum memberitahu Presiden Persatuan Bola Sepak Turki, namun beliau adalah seorang yang sangat bijak dan saya percaya beliau mengikuti laporan media antarabangsa.
"Begitupun ketika ini belum ada sebarang tawaran rasmi (dari Chelsea), jadi saya tidak boleh menjamin apa-apa,'' kata Hiddink.
Hiddink dijangka hanya akan memulakan rundingan rasmi dengan Abramovich minggu depan untuk menamatkan dulu tugasnya bersama Turki, yang akan menentang Belgium dalam pusingan kelayakan Kejohanan Eropah hari ini.
Dia masih memiliki kontrak 12 bulan bersama Turki dan bergantung kepada rundingan Chelsea untuk membayar pakej pampasan bernilai 4 juta pound (RM20 juta).
Hiddink pernah menghabiskan tempoh lima bulan melatih Chelsea selepas kelab itu memecat Phil Scolari. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membawa The Blues menjulang Piala FA pada 2009 selepas mengalahkan Everton di final.
Dia merupakan rakan rapat Abramovich dan sentiasa merujuk jutawan Rusia itu sebagai "boss". Malah, dia juga bertindak sebagai penasihat kepada Abramovich selepas meninggalkan London pada Mei, 2009.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Wahh pasal bola dayaNa tk follo . Hee . Kak lulu join segmen dayana jom !
Post a Comment