Saturday, June 4, 2011

Hilang ingatan akibat disiksa..


Herni baru berusia 20 tahun, tetapi malangnya kehidupan gadis yang normal ini berakhir dengan tragedi.

Merupakan seorang tenaga kerja wanita yang mencari rezeki halal di negara Syria sebagai pembantu rumah, Herni yang berasal dari Kampung Lebakpicung, Desa Lebaksari, Mukim Parakansalak, Daerah Sukabumi, Jawa Barat, kini dilaporkan gila.
Beliau dilaporkan hilang ingatan selepas pulang dari Syria dan puncanya dikatakan akibat disiksa oleh bekas majikannya.

Maklumat yang diterima oleh Antara dan Ketua Urusan Ekonomi dan Pembangunan Desa Lebaksari, Deden Supriadi mendapati, Herni pulang dalam keadaan amat menyedihkan kita-kira dua minggu yang lalu.
Di tubuhnya, terdapat luka lebam akibat disiksa. Bahkan terdapat parut luka di kepalanya, dipercayai akibat dihentak di dinding.

"Herni pulang ke rumah orang tuanya dalam keadaan yang menyedihkan. Sekujur tubuhnya dari kepala sampai hujung jari kakinya, terdapat luka yang cukup parah," kata Deden kepada Antara.
Deden menambah, Herni sudah bekerja selama dua tahun di Syria dan daripada maklumat keluarga, Herni berlepas ke negara itu pada tahun 2009.
Namun, pihaknya menemui sesuatu yang janggal kerana paspot yang digunakan Herni berasal dari Jawa Tengah.

"Kami sudah mengadukan permasalahan ini ke Pemerintah Daerah Sukabumi. Kami juga menerima respons yang baik daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Transmigrasi setempat.
"Ketika ini, Herni berada di Rumah Sakit Polri Keramat Jati, Jakarta untuk mendapatkan rawatan," tambahnya.
Sejak pulang, menurut keluarganya, tingkah laku Herni sangat aneh, saat ditanya sesiapapun, jawapan yang diberinya tidak pernah menjawab soalan yang ditanya.

Selain itu, setiap kali menjelang larut malam, anak pasangan Taspani dan Hanipah ini kerap menjerit-jerit dan dipercayai mengalami trauma yang sangat berat sehinggakan semua ingatan selama bekerja di rumah bekas majikannya masih dirasakannya di rumah sendiri.
Keluarganya berharap pemerintah serius membantu Herni, apatah gaji selama dia bekerja di Syria tidak pernah dibayar kepadanya.
Sementara itu, Ketua Syarikat Buruh Migran Indonesia Cabang Daerah Sukabumi Jejen Nurjanah mengaku sudah membawa kes ini kepada Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI).

Pihaknya juga akan terus membantu mangsa untuk mendapatkan hak-haknya seperti insurans dan gaji yang belum dibayar.
"Kes seperti ini sudah dua kali terjadi pada bulan Mei lalu. Kami harap kejadian serupa tidak berulang," katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

bella_bumbum on June 4, 2011 at 5:17 PM said...

HAAAA. dari tadi cari comment box ta jumpa. ternet macam siput. ahaha. btw kesian ma herni ni. tapi bukan oraang syria je. malaysia pun sama, ahah

tia @ Ini Kisah Tia on June 4, 2011 at 5:21 PM said...

teruknya penyikasaan tu . aniaya orang betul ..

Segmen Tia : jana Pendapatan Dari Blog

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!