Seorang ibu merayu supaya anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu supaya pulang ke rumah kerana dia bimbangkan tentang keselamatan anaknya itu.
Azilawati Mamat, 38, dari Bukit Sentosa, Rawang, juga khuatir jika anak keduanya itu daripada lima beradik, Nur Nadira Syahira Rozali, 17, diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah.
Jelasnya, kejadian bermula April lalu apabila Nur Nadira didapati keluar rumah ketika dia dan suaminya pergi menghantar anak sulungnya ke kolej di Shah Alam, Selangor.
Katanya, Nur Nadira keluar tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada semua ahli keluarga serta tidak membawa kad pengenalan dan pakaian.
"Apa yang merisaukan kami sekeluarga adalah dia (Nur Nadira) seorang yang mudah mengekori orang yang tidak dikenali. Ketika meninggalkan rumah, dia tidak membawa MyKad dan hanya membawa wang tunai RM200," katanya.
Tambah Azilawati, Nur Nadira ada menghubunginya selepas seminggu menghilangkan diri dan berpesan supaya tidak risau kerana dia kini telah bekerja.
Katanya, namun apa yang menjadi tanda tanya bagaimana anaknya itu diterima bekerja walaupun tiada sebarang dokumen.
"Macam mana majikan dia boleh terima atau ambil dia bekerja sedangkan MyKad Nur Nadira ada dalam simpanan saya.
"Dia juga berpesan agar saya sekeluarga tidak melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan berkata dia dalam keadaan selamat," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali remaja terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Azilawati di talian 012-9549742 dan 019-6351354.
.
4 Penyokong CHELSEA:
dah dua bulan...kalau betul selamat, balik la dik...sian kat mak awak
"Mudah mengekori orang yang tidak dikenali" ? Umur 17 tahun? Haha. Macam terasa lawak pula saya rasa ni tau. Ada pula orang macam ni.
Entri terbaru: tragis
mane lah agaknye bdak ni pegi.... mcm2 hal skng ni...... jom jenguk... anda di tag....
macam2kan orang sekarang ni..
Post a Comment