Sunday, June 12, 2011

Tinggal sehelai sepinggang


Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila lapan rumah di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar dekat sini musnah dalam kebakaran petang ini.
Ketua Operasi Balai Bomba Pasir Mas, Abdul Kadir Che Ya berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang dan ketika anggota bomba tiba ke tempat kejadian, empat rumah sudah musnah.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 5.25 petang kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Tiga daripada lapan rumah itu hanya terbakar 50 peratus kerana anggota kita bertindak pantas mengawal kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Nora Bedolah, 38, berkata, semasa kejadian, dia bersama anak tunggalnya, Firdaus Che Ismail, 4, berada di dalam rumah.
"Sebaik sahaja menjenguk melalui tingkap, saya ternampak asap dan api sedang marak membakar beberapa rumah berhampiran bermula di bahagian lantai.
"Saya tidak berfikir apa-apa lagi selain menyelamatkan diri bersama anak dengan keluar dari rumah sehelai sepinggang sebelum menghubungi pasukan bomba," katanya.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on June 12, 2011 at 7:32 PM said...

kesian diaorg..malang tak berbau

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!