Monday, June 6, 2011

Jantung berlubang: Penoreh getah rayu bantuan untuk anak

Seorang penoreh getah merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos perubatan anak perempuannya yang mengalami masalah jantung berlubang sejak lahir.

Nur Farihan Abdul Rahman, 8, dari Kampung Sungai Rotan di sini terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan memandangkan jantungnya berlubang sebesar tiga sentimeter.

Bapa kanak-kanak itu Abdul Rahman Maan, 40, berkata, Nur Farihan tidak boleh menjalani pembedahan kerana mengikut doktor, ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan anak perempuannya itu berikutan saiz lubang pada jantungnya sangat besar bagi kanak-kanak yang berumur lapan tahun.

Anak kelima daripada enam beradik itu memerlukan penjagaan rapi kerana tahap kesihatannya kurang stabil dan perlu mendapatkan bekalan ubat-ubatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar setiap bulan, kata Abdul Rahman kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Beliau berkata, pendapatannya sebagai penoreh getah tidak menentu dan isterinya tidak bekerja kerana menjaga keperluan Nur Farihan.

Bantuan kewangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Abdul Rahman Maan (02103-41-00001799-9) atau menghubungi talian 012-4204392.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!