Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan polis kerana memukul kekasihnya. Wanita ini memukul kekasihnya lantaran menolak keinginan lelaki yang mengajak seekor anjing mandi bersama mereka.
Kejadian bermula ketika pasangan sejoli ini ingin mandi bersama. Si lelaki menginginkan anjing peliharaannya ikut mandi bersama mereka. Namun, wanita itu menolak dan mengatakan akan memutuskan hubungan mereka jika lelaki itu benar-benar mengajak anjingnya mandi bersama mereka.
Kemudian, lelaki itu berkeras dengan mengatakan bahawa dia akan mencari kekasih baru yang boleh lebih menghargai anjingnya itu.
Seperti dipetik dari AP, pertengkaran pun kian meningkat hingga akhirnya si wanita memukul wajah lelaki itu beberapa kali. Lelaki itu tidak membalasnya dengan pukulan melainkan membalasnya dengan melaporkan kejadian tersebut pada polis.
Lalu, wanita itu ditahan di Kitsap County di Port Orchard. Serta wajib membayar wang jaminan bernilai USD50 ribu.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment