Friday, June 17, 2011

Kereta bertembung, 2 maut...

Dua beranak maut manakala sepasang suami isteri parah selepas dua buah kereta yang mereka naiki bertembung di Jalan Besar Jengka 23, dekat Maran, semalam.

Mangsa, Md. Jelani Hassan, 46, dan ibunya, Putih Ngatimin, 71, yang menaiki Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian manakala pasangan suami isteri yang menaiki Proton Saga pula parah dan kini dirawat di Hospital Maran.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, kedua-dua beranak berkenaan serta tiga lagi penumpang dalam perjalanan dari Pekan Awah menuju Jengka 13.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Md. Jelani terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga tersebut.

"Akibat pertembungan itu, mangsa dan ibunya maut di tempat kejadian manakala tiga penumpang belakangnya cedera ringan.

"Pasangan suami isteri yang menaiki Proton Saga itu pula parah manakala dua anak perempuan mereka cedera ringan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian jalan licin selepas hujan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!