Bapanya, Mohd Yusoff Saidin, 55, berkata dia dan isteri, Che Embun Mustafa, 50, menyedari kehilangan anak ketiga mereka itu selepas waktu maghrib pada hari sama apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah.
"Kebiasaanya, Mohd Fikril keluar rumah merayau-rayau sekitar pekan Air Hitam dan Kuala Kedah dengan menunggang basikal dan akan pulang sebelum waktu maghrib.
"Saya bimbang kerana anak saya tidak boleh makan sendiri kerana keadaan fizikalnya tidak stabil," katanya.
Mohd Yusoff membuat satu laporan di Balai Polis Jitra sehari selepas kehilangan anaknya itu.
Orang ramai yang menpunyai maklumat mengenai Mohd Fikril boleh menghubungi Mohd Yusoff di talian 013-5229103 atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222.
.
1 Penyokong CHELSEA:
Hmm. kesiannya. hope adalah yang jumpa dia.
Post a Comment