Thursday, June 9, 2011

Tolonglah jangan bergurau..


“Arwah sempat bergurau dengan berpura-pura lemas sebelum dia terus hilang daripada pandangan kami,” kata Mohd Nor Arif, 18, rakan kepada Mohd Ikram Hashim, 15, yang lemas ketika mandi-manda di Sungai Kedah berhampiran Tanjung Chali, di sini, petang kelmarin.

Mohd Ikram, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tajar, di sini, yang mandi bersama tiga lagi rakannya termasuk Mohd Nor dikatakan mengalami kekejangan kaki sebelum tenggelam ke dasar sungai berkenaan tanpa disedari tiga rakannya.
Sebelum kejadian Allahyarham bersama seorang lagi rakannya sudah naik ke tebing sungai, manakala mangsa masih leka manda bersama seorang lagi rakan mereka sebelum dia tiba-tiba hilang kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebelum itu, mangsa sempat bergurau dengan berpura-pura lemas sebelum dia terus hilang daripada pandangan kami. Masa itu, saya dan seorang lagi rakan sudah naik ke tebing manakala seorang lagi berenang bersama arwah.

“Tiba-tiba dia hilang dan usaha mengesannya gagal menyebabkan kami bergegas membuat laporan di balai polis,” kata Mohd Nor ketika ditemui di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Berikutan itu anggota bomba, RELA dan penduduk kampung menjalankan gerakan mencari dan mayat mangsa ditemui jam 10.47 pagi semalam di dasar sungai kira-kira tiga meter daripada tempat mangsa dan rakannya mandi,” katanya.







.

2 Penyokong CHELSEA:

Tieah Madian on June 9, 2011 at 10:12 AM said...

Aiyooo.. Bahayalah.. Janganlah nak bergurau gurau.. Ermmm, tapi ajal dah sampai.. Siapa dapat halang..

Entry Terbaru : Day 1 : 10 Things About You

Sunah Sakura on June 9, 2011 at 10:27 AM said...

main-main pulak... huhuhu... kesian dia... takpelah, Allah dah tentukan dia pergi...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!