Sunday, June 5, 2011

Mahu cepat kahwin


Bintang rancangan realiti, Kim Kardashian yang baru sahaja bertunang dengan kekasihnya Kris Humphries dilaporkan mahu mempercepatkan perkahwinan mereka dalam tempoh lapan minggu lagi.
Pada bulan lalu, tunangnya Humpries yang merupakan bintang bola keranjang, melamarnya dengan sebentuk cincin Lorraine Schwartz bertatahkan berlian 20.5 karat.

Sumber menyatakan Kardashian dan Humphries tidak sabar mengadakan majlis perkahwinan mereka dalam tempoh antara enam hingga lapan minggu lagi dan sebulan lagi pula mereka akan mengadakan majlis meraikan bakal pengantin.

Kardashian, 30, dikatakan sedang merancang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran dan mahu mendapat perhatian seperti perkahwinan diraja.
Bintang Keeping Up With The Kardashians itu turut merancang mengadakan parti bujang di Las Vegas dalam tempoh beberapa minggu lagi yang akan dihadiri oleh teman-teman rapatnya seperti Ciara, Kelly Rowland, dan Brittney Gastineau.

Sumber yang rapat dengan Kardashian mendedahkan dia berharap majlis perkahwinannya lebih hebat berbanding majlis perkahwinan Putera William dan Puteri Catherine yang berkahwin di Gereja Westminster April lalu.
"Kim merancang perkahwinan paling gemilang pada abad ini.
"Dia merasakan dia adalah selebriti yang lebih terkenal daripada Kate Middleton," kata sumber.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Zaza on June 6, 2011 at 3:26 AM said...

spe yg x nk cpt kawen :P

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!