Saturday, June 4, 2011

Parah ditetak suami

Seorang wanita cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh suaminya dalam satu pergaduhan di rumah pasangan itu di Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, saudara lelaki kepada wanita tersebut turut parah akibat ditetak selepas cuba membantu meleraikan pergaduhan antara pasangan suami isteri itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, wanita tersebut, R. Reevathy, 21, manakala saudara lelakinya dikenali sebagai M. Visanathan, 18.

“Kedua-dua mereka cedera parah di badan serta kedua-dua belah tangan dan kaki akibat diserang oleh suspek. Suspek berusia 24 tahun ditahan polis sejam kemudian di rumah tersebut.

“Polis percaya kejadian tersebut bermotifkan cemburu tetapi kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azisman berkata, kedua-dua mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau memberitahu, suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Jujurara on June 4, 2011 at 10:54 AM said...

ini lagi sorang manusia kejam.
cemburu tak bertepi.
kesian isteri yg terpaksa jd mangsa..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!