Tuesday, June 28, 2011

Parti Hello Kitty


BIASANYA, kanak-kanak yang menyambut hari lahir diraikan dengan majlis keraian sederhana, sedikit permainan dan hadiah kenang-kenangan untuk tetamu.
Berlainan pula dengan pasangan Tori Spelling dan Dean McDermott.

Untuk meraikan anak perempuan mereka, Stella, Tori bersama McDermott menganjurkan parti bertemakan watak animasi berasal dari Jepun, Hello Kitty, di Los Angeles.
Antara tarikan utama di majlis itu ialah istana plastik dan pelbagai belon dengan reka bentuk yang dipaparkan dalam siri animasi berkenaan.
Tetamu juga bersuka-ria dengan aktiviti solek-menyolek yang menjadikan majlis berkenaan lebih meriah.

Untuk Stella, dia diberikan hadiah kek Hello Kitty yang bersaiz lebih besar daripada dirinya.

Tori - kini hamil anak ketiganya bersama McDermott hujung tahun ini - turut diraikan beberapa kenalan rapatnya, termasuk pelakon Denise Richards serta Ali Landry yang juga hamil.


Bekas bintang siri televisyen Beverly Hills 90210 itu menggunakan laman sesawang blog mini, Twitter, untuk melaporkan perkembangan semasa majlis berkenaan secara langsung.
Tidak cukup dengan kata-kata, aktres dan bintang siri realiti televisyen juga memuat naik gambar Stella bersama "teman lelakinya", Malloy.
Tidak ketinggalan, gambar Denise memegang anak patung.

Ketika anak lelaki Tori, Liam, teruja menyertai kemeriahan parti itu dengan mewarnakan mukanya dengan cat merah dan hijau, selain rambut merah jambu dan kuning, McDermott memilih untuk menceriakan suasana dengan warna merah dan hijau pada rambutnya.
Hanya sehari selepas majlis hari lahir itu, Tori terbabit dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaan dipandu terbabas dan merempuh tembok.
Ketika itu Tori dalam perjalanan pulang selepas menjemput di sekolah.

Tori, 38, dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Melalui Twitter, Tori menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku.
Katanya, Liam dan Stella berada di bangku penumpang di belakang apabila keretanya terbabas.


"Seorang paparazzi mengejar kami ketika baru bergerak meninggalkan sekolah.
"Saya cuba mengelaknya dan terbabas merempuh tembok sekolah," katanya.
Dalam keadaan kemalangan itu pun, kata Tori, paparazzi terbabit terus cuba merakam gambarnya sebelum ramai ibu yang mengambil anak masing-masing di situ menghalaunya.
"Apa yang boleh membuat seseorang paparazzi berhenti memburu gambar? Menunggu sehingga ada orang terbunuh?" katanya.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Tea Dno on June 28, 2011 at 6:13 PM said...

bengongnya paparazzi ni.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!