Wednesday, June 29, 2011

Petanda maut


Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati apabila anaknya memohon maaf ketika keluar rumah sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, bagaikan petanda anak lelakinya itu pergi menyahut seruan Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan malam kelmarin.
Suri rumah, Ramlah Ramli, 55, berkata dia tidak menyangka kata-kata yang disangka gurauan itu sebenarnya 'permohonan terakhir' daripada anaknya Mohd Zamzuri Irwan Mamat, 27, supaya dimaafkan segala kesalahannya sebelum ini.

"Petang semalam (kelmarin), selepas membasuh motosikalnya yang baru dibeli sebulan lalu, arwah tiba-tiba meminta maaf dan terkejut dengan kelakuan peliknya itu saya bertanya semula kenapa cakap begitu.
"Kemudian arwah beritahu kalau nak tunggu raya lambat lagi, jadi baik minta maaf sekarang sambil saya memberitahu sentiasa memaafkannya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, malam kelmarin.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on June 29, 2011 at 11:41 PM said...

erkkkkk!!!!!!!!!!!!! niena xlayak nk promosi belo lulu =.='
hehe... lulu buleh la promosi niena punye.. ranking alexa top 1000 tu..

Niena Muhammad on June 29, 2011 at 11:43 PM said...

lulu wt lawak =p

Lulu Caldina on June 29, 2011 at 11:45 PM said...

@niena shopping2u mana ade..ekeke

Niena Muhammad on June 29, 2011 at 11:48 PM said...

hahahhahah lompat tetinggi smpai cucur atap!!!!!!!!!!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!