Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, R. Loranas, 14, berasal dari Jalan Pahang, Tapah, terbunuh dalam kejadian pada pukul 11 malam itu.
Wan Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa cuba memotong sebuah kereta di hadapan lalu bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata akibat kejadian itu mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Seorang lagi penunggang yang terbabit dalam kejadian itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
.
3 Penyokong CHELSEA:
teringat pulak anak lelaki kak liza yg 13 tahun tu.. lebih kurang je umur. tapi anak tak pernah bawa motor. risau.
dah sampai ajal dia...meninggal muda..
kesiah...takziah kepada keluarga magsa
Post a Comment