Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam. Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.
Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.
Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.
Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.
Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.
Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
.
4 Penyokong CHELSEA:
mcm dah xde keje lain nak buat...
cuba kalau si senador ni kena sidai macam anak anjing tu jugak..ape dia rasa...
padan muka!!
cuba kalo org lain buat ko macam tu..
kejam2..isk2..
jom tengok hasil segmen paling simple saya..
HASIL SEGMEN PALING SIMPLE : BAGI SAYA SATU AYAT ...
Post a Comment