Tuesday, June 7, 2011

Seluar dalam dilelong.. Berminat???

 


Seluar dalam milik ketua skim penipuan pelaburan, Bernard Madoff adalah antara barangan yang terjual pada majlis lelongan yang diadakan oleh Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS) di Pusat Konvensyen Miami Beach, Florida, kelmarin.

Akhbar The Miami Herald melaporkan, sebanyak 14 pasang seluar dalam milik Madoff dilelong dengan harga keseluruhan berjumlah AS$200 (RM599).

Seluar dalam itu adalah antara barangan yang disita bersama beberapa barangan peribadi lain dari bekas rumah agam Madoff berhampiran Palm Beach yang dilelong.
Kebanyakan barangan yang terjual ialah peralatan rumah, termasuk koleksi kasut, kayu golf antik dan beberapa kerja seni.

Gambar yang diambil oleh jurugambar era-kemelesetan, Edward Weston berjudul Nude pula dilelong AS$4,600 (RM13,781).
Menurut akhbar itu, kira-kira 6,000 pembida di dalam talian menyertai lelongan itu dan lebih AS$400,000 (RM1.2 juta) yang diperolehi dalam lelongan itu akan diberikan kepada mangsa skim cepat kaya Madoff.
Madoff yang merupakan bekas pengurus dana Wall Street, kini menjalani hukuman penjara 150 tahun selepas didapati bersalah melakukan penipuan pelaburan yang dianggap terbesar dalam sejarah AS.




.

7 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on June 7, 2011 at 12:42 PM said...

kt sni ada bnyak seluar dlm tuk di lelong,org tingkat atas punya jatu kt ampaian

solomolo on June 7, 2011 at 12:44 PM said...

ada ke yang nak beli ???

bersama kak Es on June 7, 2011 at 12:44 PM said...

haha..bagi freeeee pun TAKNAK !!

Jujurara on June 7, 2011 at 1:11 PM said...

ntah2 spender daa berlobang tak??

*cik syu* on June 7, 2011 at 1:16 PM said...

saya dh letak awk dlm bloglist sye :) . sye pn berminat na tukar dgn awk .

TiTi on June 7, 2011 at 1:19 PM said...

sanggup nak bida tu hehe ape lar nak jadi diaorg ni, dah tu penjara 150 tahun,hukum bunuh je lar, kan senang :D

Unknown on June 7, 2011 at 1:27 PM said...

seluar dalam pun nak kena lelong juga..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!