Sebuah daripada keranda itu dikirim kepada Ketua Pegawai Eksekutif akhbar The Jakarta Post, Daniel Rembeth di pejabatnya di Jalan Palmerah Barat, Jakarta Barat di sini.
Rembeth yang menerima 'hadiah' berkenaan yang tertulis Rest in Peace di keranda itu mengakui, sangat terkejut kerana tidak mengetahui apa motif hal itu dilakukan.
"Saya tidak tahu siapa pengirimnya. Kereta ambulans yang mengirim keranda itu juga tidak memiliki identiti seperti kereta ambulans lain," kata beliau.
Selain keranda, pengirim berkenaan juga turut menyelitkan tujuh kuntum bunga mawar serta sekeping kertas tertulis Your next, number 69 kepada Rembeth.
"Saya terkejut mendapat angka giliran bernombor 69," ujarnya lagi.
Selain Rembeth, keranda serupa turut dikirim kepada Pengarah Berita Metro TV, Suryopratomo; Pengarah Kompas.com, Edi Taslim dan Ketua Pengarang stesen televisyen RCTI, Arif Suditomo.
Biarpun tergamam dengan kiriman itu, namun para penerima keranda yang saiznya menyamai saiz tubuh seorang kanak-kanak tidak menolak kemungkinan kiriman itu sebagai strategi pemasaran pengusaha keranda.
.
5 Penyokong CHELSEA:
lulu..lulu..lulu...
tQ list kn miraH kt blog lulu...
miraH suke chlsea juge..mr ubby lubby miraH pom suke gle3 chlsea nih...hohoho..
blog lulu pom dlm list miraH :)
ingat mati
ada gak org kasik adiah keranda,buka apa.. suruh igt mati tu :)
strategi pemasaran keranda?
perh seram la kot..
ntah2 pembunuhan bersiri..(pengaruh filem hantu)
menakutkan juga yer..
Post a Comment